ADIK kepada penyanyi terkenal Faizal Tahir, Anas Tahir meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila ada segelintir pihak yang cuba memandang rendah serta meremehkan dirinya.
Anas Tahir atau nama penuhnya Anas Mohd Tahir, 38, mengaku dia berkecil hati apabila wujud pihak yang mempergunakan dirinya sebagai ganti kepada abangnya.
“Saya rasa sudah-sudahlah asyik meremehkan saya jika saya pergi ke suatu acara majlis.
“Cukup-cukuplah asyik cakap, 'Eh Faizal takde ke? Kalau Faizal takde, adik pun jadilah.
“Janganlah dekat majlis tu kalau saya dah datang mewakili abang saya, awak boleh pulak berucap dekat atas, 'sebenarnya kita mengharapkan kehadiran Faizal, tapi ada adiknya pun takpe lah,” ujarnya.
Menerusi video yang dimuat naik di akuan TikTok miliknya, Anas turut menambah, ada juga yang menelefon dirinya dan mempersoalkan jumlah bayaran jika ingin menjemput Faizal Tahir sebagai tetamu undangan.
“Dia telefon pihak Faizal, lepas tu dia telefon saya pula mengadu mahalnya abang awak.
“Habis tu nak buat macam mana... sebab Faizal ada nama, ada crowd dia sendiri, bukan macam saya. Saya crowd pun tak ada.
“Saya cakap kalau nak mahal panggil Faizal, kalau nak murah panggil saya je. Lepas tu bila saya dah datang, dia malukan saya dekat situ pula,” katanya.
Anas turut menyatakan bahawa dia sedaya upaya cuba menjaga hati penganjur, namun menyedihkan bila dia menerima yang sebaliknya apabila asyik diperlekeh di majlis tersebut.
Anas berharap agar perkara ini tidak akan berulang kerana dikhuatiri akan mendatangkan salah faham dan menjadi punca pertelingkahan di antara dia dan Faizal.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Sat Jun 11 2022
ADIK kepada penyanyi terkenal Faizal Tahir, Anas Tahir meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila ada segelintir pihak yang cuba memandang rendah serta meremehkan dirinya. -Gempak
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
11 tahun kahwin belum dikurniakan zuriat, Anas Tahir balas soalan dengan kisah nabi
Adik kepada penyanyi Faizal Tahir iitu memberitahu kebiasaannya dia akan membalas pertanyaan tentang anak dengan menceritakan kisah Nabi yang berkaitan.
'Nak murah panggil saya, jangan panggil Faizal Tahir' - Anas Tahir kecewa sering dimalukan
Anas mengaku berkecil hati apabila wujud pihak yang mempergunakan dirinya sebagai ganti kepada abangnya.
Mawi bersama Anas Tahir rakam lagu raya kisah puasa enam secara spontan
Anas memberitahu idea menghasilkan lagu berkenaan tercetus secara spontan ketika dia bersama Mawi berada di dalam konti stesen radio Zayan.
Tak mahu dibayangi Faizal Tahir, Anas sanggup mengaku anak tunggal
Penyampai radio Zayan, Anas Tahir akui tidak mahu dibayangi nama dan populariti abang kandungnya yang juga seorang penyanyi iaitu Faizal Tahir.